jump to navigation

Radiator Bocor August 7, 2008

Posted by sputera in Problem.
add a comment

Ni pengalaman pertama dan terawal terhadap masalah yang aku hadapi. Masalah ni berlaku pada Januari 2008. Belek punya belek motor aku yang lawa, cun dan power nih (gerek sih!), aku nampak cecair hijau kat bahagian hujung bawah radiator tuh.

Inilah dia kesan coolant yang dah kering menjadi keputihan.

Inilah dia kesan coolant yang dah kering menjadi keputihan.

Selepas disiasat, berkemungkinan berpunca daripada hos getah yang tak ketat. Tp, itu baru satu kemungkinan sahaja.

Boleh dilihat kesan coolant yang meleleh bermula dari hos.

Boleh dilihat kesan coolant yang meleleh bermula dari hos.

Dan akhir penyelesaiannya, aku hantar terus masalah ni ke Service Center, Shah Alam (masa nih belum tutup lg). Akhirnya, aku dapat radiator yang baru. Dan masalah tersebut telah selesai.

*** Info MZ : Radiator yang digunakan pada MZ 125 SM/SX adalah dari KTM.

Kos Yang Terlibat

  • Radiator : PERCUMA sebab masih ada warranti.
Advertisements

Jgn basuh motor ketika enjin panas. August 6, 2008

Posted by sputera in Problem.
1 comment so far

Dinasihatkan, jangan basuh motor ketika enjin sedang panas. Kesan dia akan menyebabkan enjin keluar coolant terkencing-kencing. Alamatnya, carikla WATER PUMP satu semenanjung.