jump to navigation

SCRAMRIDERS-Kota Damansara Enduro X Challenge 2008 December 27, 2008

Posted by sputera in Motocross, offroad.
6 comments

SCRAMRIDERS-Kota Damansara Enduro X Challenge 2008
Buat pertama kalinya, komuniti SCRAMRIDERS telah menganjurkan aktiviti Enduro X Challenge di Kota Damansara pada 20 Disember 2008. Ini merupakan aktiviti pengenalan y7ang dianjurkan sebagai persiapan penganjuran beberapa lagi aktiviti pada 2009.

Tema pertandingan ni ialah Survival of The Fittest. Ya… perlumbaan nih mengambil masa 1 jam pada Moto 1 dan 1 jam pada Moto 2. Rehat antara Moto 1 dan Moto 2 adalah 1 jam.

Aktiviti nih terbuka kepada semua ahli komuniti dan beberapa jemputan. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu:-

  1. MZ/BKZ/Demak
  2. Open

Bagi kategori MZ/BKZ/Demak, jumlah peserta seramai 11 orang dan aku satu-satunya rider yg menggunakan MZ 125 dan motor yang mempunyai CC terkecil iaitu 125cc berbanding Demak, 150cc dan BKZ, 160cc.

Keputusannya, aku berjaya mendapat tempat ke-4 (total 32 pusingan). Agak kecewa kerana gagal dapat podium. Berpunca daripada masalah motor. Bkn pada performance tp disebabkan oleh seat yang tercabut. jd, pada Moto 1, hampir 45 minit aku ride tanpa seat. Boleh bayangkan?

Nampak rendah? Mcm bawak chopper

Nampak rendah? Mcm bawak chopper

So, aku gagal memberikan persembahan terbaik terutama skali pada Moto 2. Terpaksa mendaki bukit dengan keadaan selut pada bhgn bawah. Ramai yang kantoi. Aku plak mmg dah kepenatan dan tak larat. Hasilnya aku terpaksa retired awal. Agak kecewa sbb sepatutnya aku kena rehat, yg penting kumpul jumlah pusingan.

Apa-apa pun amat berpuas hati gak. InsyaAllah, next time aku kena bersedia lebih awal.

Bawah nih koleksi video dan gambar race pada hari tersebut :-

http://picasaweb.google.com/mesef1982/Kotadamansara2?authkey=s2aZAa6gG8c&feat=embedwebsite#