jump to navigation

Offroad is dangerous! December 27, 2008

Posted by sputera in offroad.
trackback

Sepertimana tajuk di atas, aktiviti offroad nih memang merbahaya. Jadi, selain kelengkapan fizikal, korang mestilah bersedia dari segi mental dan ketahanan diri. Fokus terhadap tunggangan korang.

Terdapat beberapa situasi yang betul2 merbahaya sepanjang aku terlibat dengan aktiviti offroad nih terutamanya trail riding berbanding trek. Antara trail riding yang aku rasa amat merbahaya dan perlukan konsentrasi ialah Bkt Subang – Kerling dan Nilai – Bagan Lalang.

Bukit Subang – Kerling

Jarak dua hala lebih kurang 170-180. It’s an easy trail but the most toughest endurance trail yang aku pernah lalui. Mungkin bagi seorang beginner, trail nih tak la susah sgt, tp, memerlukan stamina yang tinggi dan jugak konsentrasi.

Jalan penuh berliku iaitu terlalu bumpy di beberapa tempat dan trail nih berkelajuan tinggi or erti kata lain, hi-speed trail. Purata kelajuan yang aku sertai dalam 80-90km/h. Onroad may be slow, but offroad??? dengan jarak yang jauh bermula dari Bkt Subang hinggalah ke Kerling (hampir dengan Tg. Malim) mengambil masa dalam 2 jam (non stop).

Alhamdulillah, aku berjaya atasi trail nih cuma masalah bila dalam perjalan balik jer. Dengan keadaan fizikal dan mental yang lemah (letih sebenarnya dan mengantuk) aku hilang sedikit konsentrasi. Dan aku jatuh sekali, nasib baik jatuh kat lumpur, so xdela truk sgt sbb mcm jatuh atas tilam jer. No injury.

Aku amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh motor aku nih, MZ125 SM (with SX tyre) mampu bersaing dengan YZF450, XR250 dan XR 450. Terutama masa perjalanan pulang, totally aku x guna brek belakang sbb brek pad dah abis!!!. Aku tak prepare awal2 utk tukar brek pad. So, just guna brek depan jer.

Nilai – Bagan Lalang

Selama nih aku dah beberapa kali lalu trail Nilai – Bagan Lalang. Tetapi kali nih berbeza sikit sbb entry point yang baru. Aku n my friend, Fendi yang menggunakan KTM200EXC mula pada pukul 8:00pg.

Jalan yang agak lurus dan dari mata kasar, nampak mudah ttp tidak. Keadaan trail kat sini sukar utk dijangka dan xde flow. Kalo senang, senang sgt, kalo bumpy, bumpy sgt. Byk kepelbagaian berbanding trail Bkt. Subang-Kerling. Cuma trial nih pendek jer. Dlm 80 km pergi balik.

Dan buat pertama kali sepanjang aku memulakan aktiviti offroad nih, aku terbayang wajah anak dan isteri. Sesuatu yang sukar dijangka, aku mengalami saat-saat yang teramat takut. Sama ada aku akan terlentang di hospital atau lebih teruk lg.

Motor sedang menuruni bukit dgn agak laju dan keadaan trail yg terlalu bumpy (sblm nih xde mcm nih pun) aku hampir gagal mengawal motor. Motor aku strait menghala ke sebatang pokok kelapa sawit tp, nasib baik bila dah hampir, kawasan situ agak membukit dan motor pun menghala ke tengah semula. Ingatkan setel kat situ tp, melintang plak tiang batu dan aku terus menghentamnya.

Motor aku melompat tinggi dan landing dengan tayar depan. Menurut kata Fendi, motor aku wikang masa kat udara (masa melompat tuh). Dan at last aku berjaya jugak kawal motor dan trus berhenti. Ambik nafas dan cuma bertenang. Tp, si Fendi boleh bantai gelak kaw2. Dia pun memula mmg cemas sgt tp, jd klakar sbb aku x jatuh2. siot punyer member.

Lepas everything dah ok, kitorg teruskan perjalanan dan memacam perkara berlaku. Bayangkan kitorang start kul 8:00++, tp sampai ke Bagan Lalang pukul 12:00++. 2 jam utk 40km. Sbbnya si Fendi bleh berkubang dalam parit. Hahaha… alamatnya enjin n ekzos masuk air… terpaksala jd mekanik.

Tgh keluarkan Fendi n motor dia...

Tgh keluarkan Fendi n motor dia...

Masa balik plak, Fendi jatuh agak truk jugak. Sampaikan tangan dia bengkak n esoknya gi X-Ray takut tulang crack. Puncanya sbb dia lost fokus, tgk kapal terbang melintas…. Hahahha…

Apa-apa pun, berhati-hati dan selamat beramal…

Advertisements

Comments»

1. philosophy term papers - April 26, 2013

I pay a visit every day a few web sites and websites to read articles, however
this webpage provides feature based content.

2. one piece anime t-shirts - May 2, 2013

I don’t know whether it’s just me or if everybody else experiencing issues with
your site. It seems like some of the written text on your posts
are running off the screen. Can somebody else please provide feedback and let me know if this is happening to them too?
This may be a issue with my browser because I’ve had this happen previously. Appreciate it

3. horror film forums - July 25, 2013

Every weekend i used to go to see this website, as i wish for enjoyment, as
this this site conations actually good funny information too.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: